Cara 2 ke Kagoshima

Assalamualaikum semua, 

Hari ini Anis nak sambung cara ke lain ke Kagoshima selain melalui Kansai airport. 

Satu lagi cara dari Kobe Airport. 

Dari Kansai airport ke Kobe Airport mengambil masa 2 jam, transit sekali train di Osaka. Tambang dalam ¥2000 sehala. Kalau tourist, boleh dapat discount lagi. ¥2000 tu harga yang menetap di sana. 

Apa yang best di Kobe, Anis akan update next entry. 

Ok, kalau dari Kobe, boleh ambil Skymark Airlines. Dari Kobe direct sampai ke Kagoshima Airport. 
 
Fare paling murah boleh dapat ¥5000 lebih kurang RM150. Sehala ya. Skymark bukan low cost airlines. So beg boleh dapat free 20kg dengan harga tiket. 

Honestly, Anis lagi suka naik Skymark kalau nak dibandingkan dengan Peach. And if ke Kobe, memang akan ambil tiket dari Kobe la. So dah tak payah pusing balik untuk naik Peach Airlines di Kansai. 

Kalau travel, memang akan sakit kaki, lenguh sana, lenguh sini kan. Sebab berjalan banyak, tambah-tambah kalau bawak baby, masyaAllah penat sangat. 

So Anis memang tak lupa untuk bawak sekali Ostematrix, ESP dan omega kalau  travel. Husband pun memang akan minta dan makan supplement ini. 

ESP Anis wajib shake pagi-pagi before keluar. Setiap kali travel mesti Anis akan beli susu segar dan letak dalam bilik hotel. Kalau tak shake ESP, nak travel pun tak senang. Rasa penat, dan kalau penat dah tak enjoy. 

Ostematrix pula Anis akan makan sebelum tidur. Husband Anis selalu sakit belakang sebab angkat benda berat time travel, so Ostematrix sangat-sangat menolong die untuk kurangkan sakit belakang dan membuatkan boleh tidur lena malam-malam. 

Anis pula, kaki lenguh, tangan lenguh duk mendukung Nusaibah. So kalau tak jadi Ostematrix memang la macam tak tentu arah hidupnya. Hahaha. Over sangat! 

Omega ni Anis suka bawak sekali sebab, kalau travel kan makan tak tentu arah, plus kadang-kadang termakan over, so omega membantu membakar lemak-lemak yang berlebihan dalam badan. 

Setakat yang Anis makan ni, berat maintain sebab memang tak culas. Mesti makan tiap-tiap hari sebelum tidur. 

 

So Anis suka suggest orang lain mesti bawak supplement ni kalau travel. 

Kita akan rasa sangat cergas dan tak sakit-sakit. 

Kalau ada baby pun, kita tak rasa nak marah baby sebab kita tak penat sangat. 

Kalau korang nak dapatkan supplement ini dengan harga berpatutan, boleh contact Anis di wassup pun boleh tau. 

+819084002699. Ni number phone Anis di Jepun. Tapi still boleh contact guna wassup ataupun boleh contact thru facebook ataupun Dm instagram pun boleh. 

Ataupun kalau korang nak beli sendiri boleh tekan "esell" di sebelah page ini. And anis akan consult korang dengan baik. InsyaAllah aminnnn. 

Ok. Kita update next entry untuk travel Jalan-jalan di Jepun! 

Tq sebab sudi membaca. 

Love,
Anis! 

Macam Mana Cara Nak Sampai ke Kagoshima?

Hai Assalamualaikum semua. 

Harap semua sihat walafiat ye. 

Anis rasa nak menulis kat sini tentang macam mana nak datang ke Kagoshima. 

Of course, biasa orang datang Jepun, Kagoshima bukan dalam pilihan. Tetapi, ramai yang datang sini atas urusan internship dan research. 

Ramai yang PM tanya tentang flight dan airport mana yang sesuai untuk touch down kan. So Anis cerita serba sedikit. 

Kalau yang takde budget limit, okay je boleh naik any airlines yang sampai ke Kagoshima. Contohnya JAL ( Japan Airline ), ANA ( All Nippon Airline ), Korea airline, Malaysia Airline, Thai Airways. Dan banyak lagi. 

Sekarang ni JAL agak murah. Kalau naik JAL, biasanya kene transit di Tokyo. Dan boleh multiple city. Contohnya, kalau ambil tiket  depart dari Kuala lumpur sampai Hokkaido. Tiket return boleh amik dari Kagoshima ke Kuala Lumpur. Maknanya tak perlu amik tiket return dari Hokkaido. Faham ke tak ni? Hehe. Ni Anis dapat info dari kawan Anis. 
 

Tapi Anis nak cerita, tentang flight low cost untuk sampai ke Kagoshima. Air Asia murah kalau pandai cari. Kalau pergi balik dapat RM1000, tu dikire murah. Anis pernah dapat tiket RM600, pergi balik. So kene cari awal or grab free seats or guna points. 

So dari Kuala Lumpur ke Osaka Anis amik Air Asia. 
Dari Osaka ke Kagoshima, Anis amik Peach airlines. ( 1 jam perjalanan ) 

Macam ni la website peach. Kalau guna kredit or debit kad, boleh beli sendiri. Kalau nak beli cash, kene mintak orang yang tinggal di Jepun belikan. So kita akan beli dan bayar di convenience store ( lawson, Family Mart, 7eleven dan banyak lagi ) 

Kalau time promosi, peach boleh dapat RM80 sehala. Kalau mahal, takde promosi, RM300 ke atas. 

So basically biasanya kalau travel balik ke Kota Bharu, kami kene naik 3 kali flight. 

Kagoshima- Osaka- Kuala Lumpur- Kota Bharu. 

Sejak ada anak kecik ni, kami akan stop bermalam sebelum next flight. Untuk bagi die cukup rehat dan tak meragam. Yang ni penting, sebab kalau tak die meragam dalam flight susah. Kesian kat passenger lain kan. 

Maybe setakat tu dulu perkongsian entry kali ini. 

Actually banyak lagi. Nanti Anis kongsikan untuk post selanjutnya. 

Kalau ada yang memerlukan info boleh je contact Anis di facebook Anis Farhana binti Ibrahim atau terus whatsapp Anis di +819084002699   InsyaAllah Anis akan reply dan tolong mane yang boleh. 

Anis juga buat bisnes untuk barang supplement. So siapa yang memerlukan boleh hubungi Anis tau! 

Permulaan Yang Baru sebagai Anis Sushi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua blogger!

Nama saya Anis Farhana. Boleh saja panggil Anis.

Dulu saya suka tulis blog juga. Tapi berhenti seketika.

Now, permulaan yang baru, nak mulakan blog semula walaupun dah berusia.

Saja, mahu berkongsi kehidupan Anis di bumi sakura selama beberapa tahun ini.

Ok juga kalau Anis ceritakan serba sedikit pasal Anis ye.

Anis asal dari Kelantan. Suami asal dari Kelantan dan anak asal dari Jepun. haha.

Ada sorang baby girl. Lahir di Kagoshima, Jepun. Baru berusia 1 tahun setengah.

Ringkasnya ni tahun ke-9 Anis menetap di Jepun, dari umur 20 tahun da jejak bumi sakura.

Datang untuk menyambung study dalam bidang Mechanical Engineering dan sampai sekarang tengah buat PhD under tajaan sendiri.

Doakan tau. Susah sikit belajar takde scholarship, tapi boleh sebenarnya. Cuma lambat lah sikit disebabkan masalah kewangan kadang-kala menimpa.

Apa yang Anis buat untuk tampung hidup disini? Basically, cost sara hidup kami bertiga di Kagoshima ini lebih kurang RM8000 sebulan. dah termasuk semua expenses, sewa rumah dan sebagainya. Tetapi tidak termasuk yuran persekolahan dan hal-hal sekolah.

Suami Anis buat part time. Kerja dengan orang, dan kadang-kadang kerja sendiri. Apa kerja semua buat, asal masuk duit dan halal.

Anis ada juga buat some business untuk tampung hidup kami di sini. Anis ada jual Matcha Original dari Jepun, Anis buat Shaklee dari Jepun untuk Malaysian di Jepun dan di Malaysia, Anis jual cosmetics ( SKII dan lain-lain ). Macam-macam lah.

Satu lagi Anis ni jenis minat berniaga kot. Suka meniaga dan bersembang dengan orang melalui chatting!

Tapi, kalau nak dibandingkan masa yang Anis ada untuk PhD dan bisnes sangat terhad. Malam je melepet, keletihan. Dari pagi sampai siang mengadap komputer dan journal, malam atau masa rehat je mengadap phone untuk hal-hal bisnes.

Nak tak nak memang kene buat. Kalau tak, tak boleh shopping! eh! bukan Shopping la tapi saving untuk emergency ke atau lain-lain.

Nanti Anis akan kongsikan banyak lagi pengalaman Anis dan info-info menarik sepanjang Anis di Jepun ni. Sementara masih di sini kan!  Dalam setahun dua lagi insyaAllah akan grad dan akan mula bekerja!

Jom la bertaaruf di blog pula korang!

Love,
Anis Sushi

Popular Posts